Identiti The Stig

Stig pertama

Pelumba kereta, Perry McCarthy ialah Stig Hitam yang asli. Dia pernah muncul dalam sejumlah 22 episod rancangan ini.[2][8]

McCarthy mendapat watak Stig setelah berjumpa dengan Jeremy Clarkson secara kebetulan di parti pelancaran autobiografi McCarthy, Flat Out, Flat Broke: Formula 1 the Hard Way! yang diterbitkan pada 4 Julai 2002.[2][9][10][11] Kemudian, beliau diuji bakat sebagai penyampai biasa, sebelum pihak penerbitan memutuskan bahawa pelumba itu dirahsiakan identitinya.[2][4] (Namun pada tahun 2008, McCarthy menyebut bahawa Clarkson menyentuh idea pemandu kereta 'rahsia penting' dalam perjumpaan pertama mereka.[9])

Selepas siri pertama berakhir, tersiarnya satu artikel dalam akhbar The Sunday Mirror 12 Januari 2003 yang menamakan Stig sebagai Perry McCarthy.[10][11][12] Laporan itu memetik kenyataan orang dalam bahawa "Hanya sekerat kru yang tahu yang dia sebenarnya Perry". Ketika itu, McCarthy hanya mengulas "Saya tahu siapa Stig tapi saya tak boleh komen lagi."[12][13] Selepas akhir siri kedua, McCarthy menerbitkan edisi kedua autobiografinya yang mengakui bahawa beliaulah The Stig. Wataknya itu dihapuskan dalam episod pertama siri ketiga yang disiarkan pada 26 Oktober 2003.

Babak terakhir Stig Hitam ini yang bergelar "Top Gun vs Top Gear" merupakan cubaan berlumba selaju 100 mph (160 km/h) dan kemudiannya berhenti, di atas dek penerbangan sepanjang 200 meter (660 ka) atas kapal induk pesawat HMS Invincible milik Tentera Laut Diraja, di mana jet pelompat British Aerospace Sea Harrier mencapai kelajuan 100 mph (160 km/h) sebelum berlepas. Beliau memandu sebuah kereta Jaguar XJS putih yang berharga '£200', ditanggalkan kelengkapan dan dipasang pancitan nitrus, selaju 500 bhp (370 kW). Stig Hitam memecut di sepanjang dek, dan pada masa yang sama, meter kelajuan dalam skrin menunjukkan 109 mph (175 km/h), sebelum kereta itu tercampak dari tanjakan landasan lalu jatuh ke dalam laut di akhir babak. Clarkson menjelaskan dalam babak akhir episod bahawa para penyelam hanya dapat menjumpai sarung tangan yang terapung di atas laut.[14][15] Menurut McCarthy, "Kami nak cuba buat babak itu seakan-akan James Bond".[9]

Stig ke-2

Stig ini muncul dalam episod selepas Stig Hitam dihapuskan, dan berkekalan hingga Ogos 2010, apabila beliau menunjukkan dirinya sebagai Ben Collins. Tugas Stig ini serupa dengan Stig yang seterusnya, cuma Stig Hitam tertumpu kepada segmen Power Lap dan latihan Reasonably Priced Car, manakala peranan Stig putih ini dikembangkan ke luar balapan ujian Top Gear dalam cabaran-cabaran lain, seperti memandu uji di Isle of Man,[ep 2] memandu kereta Caterham Seven dari Caterham ke Knockhill,[ep 3] menaiki bas, DLR dan kereta bawah tanah merentas London,[ep 4] serta melompatkan kereta salji dari balapan lompatan ski di Lillehammer, Norway.[ep 5] Watak The Stig ini serba boleh orangnya dan boleh memainkan pelbagai peranan dalam studio, seperti menjadi polis pengejar dalam cabaran White Van Man (pemandu van putih).[ep 6][3]

Sejak tahun 2005, timbulnya banyak spekulasi mengenai identiti sebenar Stig ini. Antara nama-nama yang disebut sebagai orang di sebalik topeng pemandu uji misteri ini ialah Collins, Damon Hill, Julian Bailey, Russ Swift, Darren Turner dan Tim Schrick, di samping juga bekas penyampai Top Gear format lama, Tiff Needell. Juga timbulnya spekulasi bahawa Stig ini dipegang oleh lebih daripada satu orang. Antara yang beranu mengakui diri sebagai Stig ialah Jay Kay dan Damon Hill.


Pada 20 Jun 2009, Jeremy Clarkson menulis dalam kolum akhbar Sun bahawa Stig akan menunjukkan wajah sebenarnya kepada dunia dalam episod pembukaan siri ke-13 yang disiarkan pada hari keesokannya.[16] Clarkson berkata bahawa The Stig ingin menanggalkan topengnya untuk mengakhiri spekulasi tentang identitinya, dengan kenyataan "Dia sudah serik dengan pihak akhbar yang menspekuklasi bahawa dia seorang jurujual mesin fotokopi dari Bolton, atau tinggal dalam rumah berturap kelikir di Bristol".[8]

Rancangan ini mula-mula menunjukkan Stig memandu kereta Ferrari FXX di keliling balapan ujian dalam masa 1:10.7 saat.[8] Selepas itu, dia melangkah masuk ke dalam studio dan duduk atas sofa hijau sambil melayan jeritan penonton "Off! Off! Off! Off!", dan akhirnya Stig menanggalkan topi keledarnya untuk menunjukkan dirinya sebagai bekas Juara Dunia Formula Satu, Michael Schumacher.[17][18] Dalam temu bual yang berikutnya, Schumacher melakon-lakonkan beberapa sifat perwatakan Stig, seperti akuan bahawa dia hanya tahu dua fakta mengenai itik (tetapi kedua-duanya salah), dan dia diharamkan di sembilan negeri Amerika Syarikat.[8]

Pihak BBC pada mulanya tidak mengesahkan atau menafikan bahawa penampilan Schumacher sebagai Stig itu dibuat-buat sahaja, tetapi seorang jurucakap dipetik sebagai berkata "Anda harus ingat bahawa Top Gear ialah rancangan hiburan. Kami tidak akan mendedahkan siapa atau apa sebenarnya The Stig,".[19] Sehari kemudian, The Telegraph menulis: "Seorang jurucakap Top Gear mengesahkan bahawa Schumacher sentiasa memainkan watak The Stig dalam litar Ferrari... Tetapi tambah jurucakap itu lagi, identiti pemandu ini pada masa-masa lain kekal sebagai "misteri".[20]

Pada 19 Ogos 2010, timbulnya laporan bahawa terdapat pertikaian guaman antara penerbit buku yang mewakili The Stig dan BBC mengenai rancangan untuk mengeluarkan autobiografi yang mendedahkan identitinya, yang mana BBC mendakwa bahawa penerbit buku itu ingin mengaut untung dengan menggunakan jenama Top Gear tanpa izin serta mempergunakan watak The Stig.[21] Kata seorang jurucakap BBC, pihaknya mencabar penerbitan buku yang berkenaan Top Gear itu kerana "melanggar kewajipan kontrak dan kesulitan yang dipersetujui berkenaan dengan rancangan."[5][6][7] Selepas sehari setengah berhujah, kes itu ditutup pada 1 September dengan keputusan hakim yang tidak menyebelahi BBC dengan keengganan mendapat perintah mahkamah untuk menyekat penerbitan buku itu. Pada 29 Ogos 2010, Daily Mirror mendakwa bahawa BBC sudah pun melucutkan Collins daripada peranan Stig, dengan membandingkan penampilan Stig di Top Gear Live di Nürburgring, Jerman, pada Ogos 2010, dengan tangkapan gambar Collins di rumahnya di West Country pada masa yang sama.[22][23]


Rujukan

WikiPedia: The Stig http://findarticles.com/p/articles/mi_qn4161/is_20... http://transmission.blogs.topgear.com/2009/06/20/j... http://live.topgear.com/world_tour/worldtour2009/n... http://www.topgear.com/uk/videos/stig-revealed? http://www.topgear.com/uk/videos/the-stig--hms-inv... http://www.amazon.co.uk/Flat-Out-Broke-Formula-Har... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/FEATURE... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/FEATURE... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/news/AU... http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/8111588.s...